Hidup ini penuh sangkaan. Baik atau buruk sesautu atau seseorang hanya Tuhan yang mengetahui. Adakala orang yang kita sangka baik pada mata kita tapi tidak baik pada Allah SWT.
Hidup adalah pencarian. Kita sering mencari jalan Tuhan. Dan kita juga mencari apa yang Tuhan redha kepada kita. Walaupun kita telah Islam, kita sentiasa memerlukan hidayah dan petunjuk. Maka kita selalu akan mengulangi setiap hari “ tunjuki kami jalan yang lurus”. Allah menyebut , dalam surah Al Mulk, lebih kurang bermaksud “ adakah orang yang berjalan dengan kepalanya ke bawah lebih mendapat petunjuk daripada mereka berjalan dalam yang lurus? Ada orang yang tidak dapat melihat jalan yang lurus, terlungkup kepalanya ke bawah.
Menurut Ummu Salamah, nabi tidak pernah keluar dari rumah melainkan mengangkat matanya ke langit sambil berkata. “ Ya Tuhan aku berlindung daripada Mu daripada aku tersesat atau aku disesatkan, daripada aku tergelincir atau digelincirkan, daripada aku lakukan kezaliman pada orang lain atau aku dizalimi, daripada jahil bodah atau diperbodohkan. Dengan ini betapa kita perlukan petunjuk Tuhan dalam pelbagai segi, baik buat keputusan dan pergi ke mana-mana. Ini kerana hidup ini penuh dengan jalan yang bersimpang , penuh dengan sandiwara dan drama manusia.
Sesungguhnya pemberi petunjuk yang sebenar iadalah ALLAH SWT. ‘ Sesungguhnya juga Tuhan yang memberi petunjuk tidak siapa dapat menyesatkannya. Kita jauh amat memerlukan doa dan petunjuk daripada Tuhan. Maka apabila tersedar di tengah malam , mohonlah petunjuk, apa solat mintaklah petunjuk, Bukan bermaksud kita telah masuk Islam kita telah mendapat petunjuk. Di dalam kehidupan dan menjalani hidup bertuhan kita sentiasa memerlukan petunjuk daripada Allah. Sebab itu jaga berhenti daripada memohon petunju Tuhan. Kita semua akan melakukan dosa, tapi sejauh mana pun dosa kita, kita tidak boleh lari daripada petunjuk. Kita akan sentiasa kembali pada tuhan dan menginsafi dosa yang telah kita lakukan. Alllah Maha Pengampun dan Pengasih.