18 ogos 2022- Aku tak pasti apa yg masih menyekat aku utk bertindak. Kali ini dirasaakan tembok itu amat keras utk diterobosi. Hari berlalu dan berganti, namun aku masih belum menemui jalan dan rentak yg konsisten. Adakah aku semakin complacent dgn keadaan begini atau aku sedang menghadapi krisis keyakinan diri yang kronik. Hinggakan aku tidak tahu bagaimana utk memulai langkah setelah hibernasi diri yg panjang.
Aku harus akui bahawa ini semua hasil kesilapan diri sendiri, baik
dari segi pengurusan, sikap dan konsistensi tekad yang renta. Bila aku cuba
mempersoalkan hasrat dan tujuan sebenar utk aku sambung belajar , aku tidak mempunyai
endsate yg benar-benar jelas dan
kukuh. Pertama, bila dulu timbul hasrat hendak
belajar adalah sebagai motivasi diri dan mengubati sedih yg mendalam terhadap
kedukaan aku mengidapi penyakit kronik. Dan aku masih dibayangi saat indah
sewaktu pengajian ku di australia, maka aku berkeputusan utk blaja kembali, agar
hidup aku akan kembali terarah dan bermakna. Mmg bayangan aku menjadi penuntut
di sebauah universiti adalah sesuatu yg menyegarkan buat diri ku. Aku rindu utk
kembali ke dunia kampus, menelaah ilmu, bersenggang mata di bawah timbunan buku
di perpustakaan- adalah sesautu yang membuatku terus bernyawa dan mampu menghiasi kecerian setiap harian ku.
Faktor selain itu, sejak menghidapi penyakit kronik , aku menghadapi tekanan dan dipresi diri yg agak
ketara. Rase kesedihan yg melampau dan di luar kawal. Hingga aku diberi ilham
dari kisah seorg cendikiawan kosmologi yg hebat iaitu stepehn hawking. Beliau
menghadapi penyakit neuro yg membuat dirinya lumpuh seluruh badan kecuali fungsi
otaknya. Doktor maklum bahawa beliau tidak mempunyai harapan utk hidup lama, dalam lingkungan 2 atau 3 tahun. Namun keadaan
fizikal tidak lantas menpengaruhi psiklogis beliau, kerana beliau sentiasa
berfikir akan teori yg tercetus di minda beliau utk mengemukan sebuah penemuan
yg hebat. Di sebabkan akal yg tidak mati ini, telah menyangkal diagnosis dokter
ttg jangka hayat beliau dan sebaliknya telah hidup lama dan meninggal pada umur
manusia yg normal iaitu dalam lingkungan 78 tahun. Ilham daripada kisah beliau
ini menyimpulkan bahawa walau secar fisiologi sesorang menghadapapi
keterbatasan dgn penyakit, namun jika akal yg mendorong kita terus berfikir
adalah kekuatan sebenar sesorag itu untuk terus hidup. Maka inilah cuba aku
teladani, aku tidak mahu akal dan fikiran aku terus mati a disebabkan keadaan yg terlalu bimbang memikirkan nasib
diri.
Aku juga merasakan bahawa aku terlalu mahu membuktikan bahawa aku
tidak ketinggalan dalam karier dan tidak mahu dipandang rendah oleh org orang
lain, maka aku mengambil keputusan untuk
meneruskan pengajian di peringkat yang tertinggi. Apakah aku mengejar
pengiktirafan orang atau memang ia merupakan sautu hasrat yang terbuku. Namun
tidak hampir separuh jalan semangat dan tekadku menjadi luntur dan pudar.
Sesautu yang aku sangka akan menjentik semangat untuk terus mepunyai matlamat di dalam kehidupan telah
bertukar menjadi sesautu yang membebankan. Sesautu yang aku jangka minat diri
yang mendalam tapi merupakan satu perjalanan sepi yang membosankan. Aku tidak
tahu dimana silapnya hingga ia menjadi begini. Aku letih menongkah diri untuk bertahan untuk menyelesaikan
pengajiaanku yang aku tidak bagaimana penghujungnya. Progresi yang sendu, sikap
yang lesu tidak berdisiplin, pengurusan diri yang amat
longgar , kurang keyakinan diri dan tidak nampak jalan bagaimana aku dapat mengharungi
dugaan bakal mendatang.
Timbul pelbagai suara yang membisikkan seribu satu keraguan di dalam
diri. Pertama mengapa perlu aku membebankan diri dengan meneruskan pengajian sedang aku
ditengah-tengah jerih perih berjuang
untuk terus hidup dengan rawatan
berpanjangan yang menakutkan ini. Mungin jawap balasnya adalah aku cube
mengalihkan perhatian aku daripada hanya terbeban memikirkan nasib diri. Adakah
ini ia berjaya mengalihkan? Jika berjaya Be kenapa semangat menjadi pudar dan
hilang keyakinan diri secara tiba-tiba
dan mendadak. Mungkin ini salah satu petanda yang aku sedang menghadapi
depresi d imana hilang minat pada sesautu yang amat aku passionate.
Kedua aku menafsirkan bahawa kini aku kurang didorongi oleh social energy
d imana keadaan aku kini tidak lagi
berkancah di tengah-tengah sosial ( alam pekerjaan). Kesunyian ini dirasakan mejadikan
aku tidak mempunyai satu struktur yang utuh untuk menyokong aku di dalam
meneruskan pembelajaran dan berjaya. Mungkin kesilapan aku sendiri dalam menangapi dunia PHD , tidak sama denga apa
yang aku lalui semasa pengajian master. Menghadiri kuliah, perbincangan,
persembahan dan beiterasi bersama rakan sepagajian yang lain meruapakan social
energy yang menjadi faktor utama kejayaan pengajian aku di peringkat master
di luar negara . Ternyata dua pengajian ini amat berbeza, perjalanan phd
terlalu sunyi dan keseorangan. Ditambah pula dengan frekuensi yang tidak sekata
bersama penyelia telah sedikit sebanyak menganggu gugat kelancaran diri menyelesaikan
pengajian.
Namun kukira ini semua adalah bepunca dari kesilapan diriku
senfdiri. Gagal dari segi pengurusan diri, masa dan meletakkan expantasi yang
terlalu tinggi dan ingin menjangkau sesautu yang terlalu terbaik hingga aku
menjadi terlalu letih dan terus berputus asa. Asalnya hanya berhenti berehat sebentar tetapi ia
menjadi sesautu kemalasan dan hilang keyakinan diri disebabkan momentum telah
lama terputus. Semua kini bergantung pada ku sendiri, keputusan diriku sendiri
dan seutuh mana tekad untuk melaksanakannya. Sewajar semua ini menjadi pengajaran
dan ilham baru agar aku lebih sedar
apakah tindakan yang lebih daripada sebelum ini. Adakah aku hanya ingin terus
berasa serba dan menyesal sampai bila2 atau mahu merangka satu strategi yang baru dan
bangkit semula daripda kesilapan ini. Jika tidak mula bertindak masa akan
berlalu dan aku akn th mensia2kan amanah masa dan kesihatan yang telah
diberikan. Mungkin selepas ini belum tahu adakah tuhan akan teruskan memberi
rezeki-rezeki yang sedang engkau nikmati sekarang ini – masa dan kesihatan.