Friday, 19 August 2022

Buntu Lagi

 

18 ogos 2022- Aku tak pasti apa yg masih menyekat aku utk bertindak. Kali ini dirasaakan tembok itu amat keras utk diterobosi. Hari berlalu dan berganti, namun aku masih belum menemui jalan dan rentak yg konsisten. Adakah aku semakin complacent dgn keadaan begini atau aku sedang menghadapi krisis keyakinan diri yang kronik. Hinggakan aku tidak tahu bagaimana utk memulai langkah setelah hibernasi diri yg panjang.

Aku harus akui bahawa ini semua hasil kesilapan diri sendiri, baik dari segi pengurusan, sikap dan konsistensi tekad yang renta. Bila aku cuba mempersoalkan hasrat dan tujuan sebenar utk aku sambung belajar , aku tidak mempunyai endsate yg benar-benar jelas  dan kukuh. Pertama,  bila dulu timbul hasrat hendak belajar adalah sebagai motivasi diri dan mengubati sedih yg mendalam terhadap kedukaan aku mengidapi penyakit kronik. Dan aku masih dibayangi saat indah sewaktu pengajian ku di australia, maka aku berkeputusan utk blaja kembali, agar hidup aku akan kembali terarah dan bermakna. Mmg bayangan aku menjadi penuntut di sebauah universiti adalah sesuatu yg menyegarkan buat diri ku. Aku rindu utk kembali ke dunia kampus, menelaah ilmu, bersenggang mata di bawah timbunan buku di perpustakaan- adalah sesautu yang membuatku terus bernyawa  dan mampu menghiasi kecerian setiap harian ku.

Faktor selain itu, sejak menghidapi penyakit kronik , aku  menghadapi tekanan dan dipresi diri yg agak ketara. Rase kesedihan yg melampau dan di luar kawal. Hingga aku diberi ilham dari kisah seorg cendikiawan kosmologi yg hebat iaitu stepehn hawking. Beliau menghadapi penyakit neuro yg membuat dirinya lumpuh seluruh badan kecuali fungsi otaknya. Doktor maklum bahawa beliau tidak mempunyai harapan utk hidup lama,  dalam lingkungan 2 atau 3 tahun. Namun keadaan fizikal tidak lantas menpengaruhi psiklogis beliau, kerana beliau sentiasa berfikir akan teori yg tercetus di minda beliau utk mengemukan sebuah penemuan yg hebat. Di sebabkan akal yg tidak mati ini, telah menyangkal diagnosis dokter ttg jangka hayat beliau dan sebaliknya telah hidup lama dan meninggal pada umur manusia yg normal iaitu dalam lingkungan 78 tahun. Ilham daripada kisah beliau ini menyimpulkan bahawa walau secar fisiologi sesorang menghadapapi keterbatasan dgn penyakit, namun jika akal yg mendorong kita terus berfikir adalah kekuatan sebenar sesorag itu untuk terus hidup. Maka inilah cuba aku teladani, aku tidak mahu akal dan fikiran aku terus mati a disebabkan  keadaan yg terlalu bimbang memikirkan nasib diri.

Aku juga merasakan bahawa aku terlalu mahu membuktikan bahawa aku tidak ketinggalan dalam karier dan tidak mahu dipandang rendah oleh org orang lain,  maka aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian di peringkat yang tertinggi. Apakah aku mengejar pengiktirafan orang atau memang ia merupakan sautu hasrat yang terbuku. Namun tidak hampir separuh jalan semangat dan tekadku menjadi luntur dan pudar. Sesautu yang aku sangka akan menjentik semangat untuk terus  mepunyai matlamat di dalam kehidupan telah bertukar menjadi sesautu yang membebankan. Sesautu yang aku jangka minat diri yang mendalam tapi merupakan satu perjalanan sepi yang membosankan. Aku tidak tahu dimana silapnya hingga ia menjadi begini. Aku letih menongkah diri    untuk bertahan untuk menyelesaikan pengajiaanku yang aku tidak bagaimana penghujungnya. Progresi yang sendu, sikap  yang lesu  tidak berdisiplin, pengurusan diri yang amat longgar , kurang keyakinan diri dan  tidak nampak jalan bagaimana aku dapat mengharungi dugaan bakal mendatang.

 

Timbul pelbagai suara yang membisikkan seribu satu keraguan di dalam diri. Pertama mengapa perlu aku membebankan diri dengan  meneruskan pengajian sedang aku ditengah-tengah jerih perih  berjuang untuk terus hidup dengan  rawatan berpanjangan yang menakutkan ini. Mungin jawap balasnya adalah aku cube mengalihkan perhatian aku daripada hanya terbeban memikirkan nasib diri. Adakah ini ia berjaya mengalihkan? Jika berjaya Be kenapa semangat menjadi pudar dan hilang keyakinan diri secara tiba-tiba  dan mendadak. Mungkin ini salah satu petanda yang aku sedang menghadapi depresi d imana hilang minat pada sesautu yang amat aku passionate. Kedua aku menafsirkan bahawa kini aku kurang didorongi oleh social energy d imana keadaan aku kini  tidak lagi berkancah di tengah-tengah sosial ( alam pekerjaan). Kesunyian ini dirasakan mejadikan aku tidak mempunyai satu struktur yang utuh untuk menyokong aku di dalam meneruskan pembelajaran dan berjaya. Mungkin kesilapan aku sendiri  dalam menangapi dunia PHD , tidak sama denga apa yang aku lalui semasa pengajian master. Menghadiri kuliah, perbincangan, persembahan dan beiterasi bersama rakan sepagajian yang lain meruapakan social energy yang menjadi faktor utama kejayaan pengajian aku di peringkat master di luar negara . Ternyata dua pengajian ini amat berbeza, perjalanan phd terlalu sunyi dan keseorangan. Ditambah pula dengan frekuensi yang tidak sekata bersama penyelia telah sedikit sebanyak menganggu gugat kelancaran diri menyelesaikan pengajian.

Namun kukira ini semua adalah bepunca dari kesilapan diriku senfdiri. Gagal dari segi pengurusan diri, masa dan meletakkan expantasi yang terlalu tinggi dan ingin menjangkau sesautu yang terlalu terbaik hingga aku menjadi terlalu letih dan terus berputus asa. Asalnya  hanya berhenti berehat sebentar tetapi ia menjadi sesautu kemalasan dan hilang keyakinan diri disebabkan momentum telah lama terputus. Semua kini bergantung pada ku sendiri, keputusan diriku sendiri dan seutuh mana tekad untuk melaksanakannya. Sewajar semua ini menjadi pengajaran dan ilham  baru agar aku lebih sedar apakah tindakan yang lebih daripada sebelum ini. Adakah aku hanya ingin terus berasa serba dan menyesal sampai bila2 atau  mahu merangka satu strategi yang baru dan bangkit semula daripda kesilapan ini. Jika tidak mula bertindak masa akan berlalu dan aku akn th mensia2kan amanah masa dan kesihatan yang telah diberikan. Mungkin selepas ini belum tahu adakah tuhan akan teruskan memberi rezeki-rezeki yang sedang engkau nikmati sekarang ini – masa dan kesihatan.

 

 

No comments:

Post a Comment

finding purpose through spiritual connection

When we find calmness in our worship and bring ourselves closer to it, we have found the most important and meaningful thing in this life. M...