Thursday, 6 August 2020

# Ilham 'lancar' semua diri

1. Aku menemui ilham baru, bagaiman untuk mengurus diri lebih produktif. 
2. Ilham itu hadir dalam mimpi dia masa tidur malam. Sebelum tidur, aku memohon doa pada tuhan agar ditunjukkan jalan untuk 'melancarkan' semula diri dengan lebih baik. Dalam mimpi tersebut , seorang watak rakan semasa sekolah telah memberitahu bahawa beliau sentiasa disiplinkan dengan hidup rutin dengan pergi ke sautu tempat untuk melakukan kerja.
3. Ini telah mengingatkan aku , bagaimana aku telah berjaya melangsaikan pengajian sarjanaku di Australia. Walaupun jadual kelas hanya 2 atau 3 kuliah seminggu, namun aku merutinkan diri untuk ke perpustakaan setiap hari. Aku anggapi waktu tersebut sebagai 'working hours' dan aku pulang ke apartment pada lewat petang. 
4. Tindakan ini secara konsisten telah banyk memudahkan aku dalam menelaah pelajaran dan menyiapkan tugasan dengan lebih awal. Jarang tugasan aku siapkan dalam keadaan atau dengan keadaan yang terburu-buru. Hasilnya aku sering dapatkan gunakan banyak masa untuk bersama keluarga dan beriadah ke Sydney pada setiap malam minggu.
5. Ilham ini sebenarnya telah lama aku praktikkan. Namun tuhan kembalikan ilham ini untuk aku menguruskan diri dengan lebih efektif dengan keadaan aku sekarang yang banyak masa tapi gagal dan memenuhi dengan maafaat yang sebenar berkesan. Maka pada hari aku telah cuba mengulangi amalan tersebut dan amat berharap tuhan mempermudahkan aku untuk meperbaiki diri menjadi lebih baik.


No comments:

Post a Comment

finding purpose through spiritual connection

When we find calmness in our worship and bring ourselves closer to it, we have found the most important and meaningful thing in this life. M...